ketiak yang busuk...ntah nape lak tibe2 rase nak buat topik pasal ketiak busuk nie..bukan sebab ketiak hana yang busuk atau ketiak kawan2 atau ketiak mr genji yang busuk...
pagi2 memang semestinye la sebelum pergi kerje, kite akan mandi then pakai deodarant and sembur wangi2an sebab dah jadi kebiasaan...tapi macammane kalau dah sembur minyak wangi, pakai deodarant paling mahal or wangi, ketiak still busuk jugak...
masalah ketiak berbau nie memang merisaukan and tambah memalukan kalau mengganggu org lain. tapi kalau nak tahu, semua org pun ade bau badan masing2 and sume nie berlaku kerana proses perpeluhan...it is just a part of a process of your body and kite kene paham kenapa tubuh menghasilkan peluh.
selepas melakukan research dr pembacaan melalui akhbar2, buku2 rujukan dan google sume...
ade 2 jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
kelenjar Eccrine
- bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit utk menghasilkan peluh. Ini adalah bertujuan utk mengawal suhu badan and also selain membuang segalan bahan2 buangan spt urea, sodium, kalsium atau elektrolit. Peluh yg melalui kelenjar Eccrine sifatnye tulen, jernih spt air and tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulip dan meluap..
kelenjar Apocrine
kelenjar ini pula merembeskan cecair yg lebih likat dan agak keruh serta akan menimbulkan masalah kalau ianye lebih banyak dr kelenjar Eccrine. Kelenjar Apocrine ade pade bahagian tubuh yg byk folikel ramut spt ketiak serta tpt sulit spt kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bhn berlemak yg di mana peluh dirembeskan. Sebum pula adalah bahan organik yg tersimpan dlm kelenjar Apocrine. Di sini lebih mudah utk bakteria memecah masuk protein dlm rembesan , tidak seperti kelenjar Eccrine. apabila protein dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak akan mengeluarkan bau yg kurang menyenangkan.
punca bau bdn boleh jugak disebabkan bahan buangan yg terkumpul dlm badan akibat proses pencernaan tdk sempurna. pengambilan pelbagai type of food, majoritinya digunakan utk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dlm bentuk sisa buangan atau toksin. toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dgn baik.
Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.
Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.
Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.
kadang2 sembelit pun boleh jugak mendatangkan masalah. sekiranya sistemn pencernaan tubuh tdk berfungsi dgn betul, toksin ini boleh kekal dlm badan. individu yg punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yg busuk. makanan ini mengandungi byk Choline yg tdk mudah melalui proses metabolisme.
No comments:
Post a Comment